top of page

Mengapa "Phishing" ?

Sememangnya akan timbul rasa hairan dalam diri kita mengenai istilah yang digunakan, bukan? Mengapa istilah "Phishing" digunakan? Apakah sebab kewujudan istilah ini diwujudkan? Jadi, marilah kita mengetahui apakah sebab wujudnya istilah ini dan jangan kita menangguhkan soalan itu ke hari yang berikutnya.  Ayuh, kita ketahuinya!

Istilah Phishing

Istilah phishing ini diadaptasikan daripada perkataan fishing iaitu memancing. Dalam konteks ini, pancingan data atau phising ini adalah teknik untuk “memancing” data peribadi kita seperti nama pengguna, kata laluan dan maklumat-maklumat peribadi daripada pengguna.

​

Jadi secara dasarnya, pancingan data adalah percubaan oleh penjenayah siber di mana mereka akan menarik pengguna internet agar mendedahkan maklumat kewangan atau sensitif mereka melalui mesej atau e-mel yang direka. Penggodam menyamar sebagai entiti rasmi seperti menjadi pihak berkuasa daripada jabatan cukai atau pekerja bank untuk mendapatkan maklumat mangsa.

Anchor 1
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
bottom of page