top of page
Computer Class

Kesan terhadap mangsa

Jenayah yang dilakukan ini sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mangsa. Tambahan pula, mangsa berasa lebih terbeban dengan apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, kita perlu mengetahui apakah kesan jika kita terkena jenayah ini supaya kita akan sentiasa berhati-hati dan peka terhadap apa-apa mesej, emel dan panggilan palsu.

Data dan maklumat diambil

Sudah semestinya data dan maklumat sensitif mangsa akan diambil dan dikuasai dengan sepenuhnya untuk kegunaan yang tidak sepatutnya.

Sukar untuk membuat atau menjawab panggilan

Mangsa akan menjauhkan diri daripada setiap panggilan yang dilakukan hingga menyebabkan mangsa rasa takut untuk menjawab panggilan tersebut.

Hilang kepercayaan orang lain

Mangsa akan lebih menghabiskan masa bersendirian dan tidak berhubungan dengan orang lain.

Akan menghadapi trauma

Dalam hal ini, mangsa akan takut untuk menjawab panggilan walaupun panggilan tersebut adalah panggilan daripada kenalannya. 

Kehilangan duit dan harta

Harta dan duit mangsa akan hilang sekelip mata dan menyebabkan mereka tiada wang untuk berbelanja atau menggunkannya untuk keperluan harian.

Sukar membezakan maklumat sahih dan tidak sahih

Dalam kes ini, Phishing datang dengan pelbagai jenis. Jadi, mangsa tidak boleh membezakan jika itu adalah maklumat sahih atau tidak sahih

  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
bottom of page