
Siapa sasaran jenayah "Phishing" ?
Setiap orang mempunyai gadget masing-masing
dan semestinya mempunyai media sosial. Untuk
pengetahuan semua, jumlah bilangan pengguna media
sosial sudah melebihi 4.48 bilion di seluruh dunia dan
dengan purata pengguna yang telah mengakses sebanyak
6.6 platform media sosial setiap bulan pada tahun 2021.
Sungguh banyak, bukan?
Terdapat banyak platform popular seperti Facebook ini telah mempunyai lebih 65.86% pengguna bulanan yang log masuk untuk menggunakan media sosial setiap hari.
​
Jadi siapakah sasaran jenayah Phishing ini? Jawapannya, semua golongan yang menggunakan teknologi digital termasuklah golongan yang bekerja disyarikat yang ternama. Mengapa? Hal ini kerana, jenayah "Phishing" ini berlaku jika seseorang itu mempunyai gadget untuk melayari laman sesawang
atau menggunakan media sosial.